• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / QJMotor E-LTR - Skuter Elektrik Mampu Milik Kini di Malaysia, Harga RM6,999 Sebelum Rebat

QJMotor E-LTR - Skuter Elektrik Mampu Milik Kini di Malaysia, Harga RM6,999 Sebelum Rebat

August 28, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

QJMOTOR Malaysia melancarkan skuter elektrik terbaharu E-LTR yang menggabungkan rekabentuk terkini, prestasi dinamik dan teknologi praktikal untuk kegunaan harian pada harga RM6,999, tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

Model itu ditawarkan dalam dua pilihan warna: Biru Gelap dan Putih. Menariknya, pemilik layak menerima rebat hingga RM2,400 melalui inisiatif MARiiCas, tertakluk terma dan syarat, serta boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh negara.

QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR

Prestasi, Jarak Tunggang

QJMotor E-LTR dikuasakan motor elektrik berkuasa 3Kw dengan sistem penyejukan udara, kelajuan maksimum 70kmj, sudut mendaki hingga 19°, tiga mod tunggang dan jarak tunggangan sekitar 105km sekali cas penuh.

Skuter elektrik itu menggunakan bateri litium-ion 74V 27Ah dalam dua slot, dengan satu bateri standard, dan satu lagi boleh dibeli sebagai tambahan. Masa mengecas 30 - 80 peratus mengambil masa lima hingga enam jam.

Rekabentuk Minimalis, Praktikal

QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR

QJMotor E-LTR memiliki dimensi panjang 1,890mm, lebar 710mm dan tinggi 1,100mm, manakala jarak roda 1,310mm. Jarak tinggi bumi 145mm dan tinggi pelana 760mm. Berat skuter cuma 98.5kg tanpa bateri yang ringan dan mudah dikendali.

Suspensi jenis fork hidraulik di depan, dan dwi-absorber (belakang). Sistem brek cakera hidraulik jenis kombi (CBS) di depan dan belakang. Tayar 100/90-R12 di depan dan 110/90-R12 (belakang) pula memberi kestabilan maksimum.

Ciri Moden, Keselamatan

QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR

Ciri lain skuter elektrik itu ialah panel meter LCD digital, lampu kecemasan, lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu belakang, dan lampu signal belok.

QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR

QJMotor E-LTR turut dilengkapi suis keselamatan tongkat sisi, sistem kunci antikecurian, pelana premium bertekstur, poket simpanan kembar di depan, ruang simpanan bawah pelana, cangkuk gantung barang dan port pengecas USB.

Skuter tersebut juga dilengkapi fungsi kod ralat (Error Code/ERR) bagi membantu pemilik mengesan masalah teknikal dengan cepat.

Waranti, Sokongan Selepas Jualan

Setiap pembelian QJMotor E-LTR dipakejkan waranti dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dahulu). Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan alat ganti tulen secara dalam talian melalui Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR
QJMotor E-LTR

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda2 Tagged With: QJ Motor, QJMotor E-LTR, roda2, Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas), skuter elektrik, Skuter EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev