TAWARAN Ducati Panigale sejak 2018 tidak menampakkan usianya, dan tidak terus kekal dengan formula sama, Ducati memperkenalkan Panigale 2025 serba baharu yang berubah identiti. Antaranya, swingarm kembar menggantikan swingarm tunggal yang direka berongga.
Sisi fairing kini nampak langsing dan disepadu bersama winglet (sayap), dengan pengaruh litar serta aerodinamik jelas dapat dilihat. Rekabentuk Ducati Panigale 2025 ibarat jentera lumba yang disalin untuk tunggangan jalan raya awam.
Ekor belakang kekal dengan identiti Panigale, tetapi rekabentuk, komponen, aerodinamik dan ergonomik diubah Ducati.
Sementara model ini tiba ke pasaran tempatan, penulis dapat merasakan karakter Ducati Panigale 2025 ini nyata berbeza berbanding model dahulu.
Rekabentuk Aerodinamik
- pendekatan pembangunan model sport sebelum ini (pakej aerodinamik ditambah kepada rekabentuk yang sudah siap).
- Ducati menggunakan kaedah rekabentuk dengan aerodinamik dan rekabentuk bersepadu yang nampak sebati secara keseluruhan.
- Fairing baharu mengurangkan rintangan aerodinamik sebanyak 4 peratus yang mampu melindungi penunggang lebih berkesan di laluan lurus.
- Sayap sisi disepadu dengan bentuk depan dan mengekalkan prestasi daya mendap seperti Panigale sebelum ini.
- Garis fairing depan ditarik ke belakang dan menjadikan motosika inil lebih lincah ketika menukar arah pada kelajuan.
- Perubahan bentuk madgad dan bahagian atas atau conveyor upstream radiator meningkatkan kecekapan sistem penyejukan, terutama penyejuk minyak.
Rekabentuk Pengaruh 916
- Bahagian rekabentuk Centro Stile Ducati mengambil ilham Ducati 916 yang digabungkan dengan ergonomik dan aerodinamik jentera lumba Desmosedici GP.
- Sisi motosikal membawa keseimbangan antara depan dan belakang 916 dengan bentangan lebih horizontal ala jentera MotoGP.
- Garisan 916 juga menjadi ilham rekabentuk lampu depan.
- Saluran udara tunggal dan ditengah, tersorok di bawah fairing.
- Cermin sisi di pasang sebalik fairing.
- Ekor lebih lebar dan panjang dengan lebih ruang untuk penunggang.
Ergonomik
- Postur tunggangan dibuat mengikut dua objektif, iaitu penyatuan maksimum penunggang dengan aerodinamik motosikal dan menambah baik pengawalan ketika situasi paling penting di litar.
- Rekabentuk tangki dan pelana dengan ruang lebih luas memberikan lebih banyak kebebasan pergerakan. Bahagian atas tangki berlekuk menggelakkan sentuhan bucu bawah helmet ketika menunduk.
- Bahagian belakang tangki dengan penutup sisi dan bentuk pelana memberi sokongan lebih baik kepada penunggang ketika membrek, memasuki dan di selekoh.
- Penunggang lebih senang 'anchor' lutut untuk respons nyah pecut dan 'lean out' dari pelana dalam selekoh dan mengurangkan tegangan pada lengan dan kepenatan umum.
- Perehat kaki dianjak 10mm ke dalam berbanding model terdahulu, meningkatkan jatak tinggi bumi yang membolehkan tapak kaki dan kaki diletakkan lebih dalam dan meningkatkan prestasi aerodinamik.
Enjin Desmosedici Stradale 1,103 cc
- Disesuaikan daripada jentera Ducati MotoGP dengan berkongsi sejumlah ciri teknikal.
- Paltform V4 90º dengan agihan desmodromic (injap), aci putaran berlawanan dan pemasaan Twin Pulse memberikan bunyi seperti Desmosedici GP.
- Perubahan diagram agihan, aci dengan profail berbeza dan nilai angkatan lebih tinggi.
- Alternator dan pam minyak sama seperti Panigale V4 R.
- Dram kotak gear juga sama seperti Superleggera V4.
- Saluran kemasukan (intake horn) berbeza, 25mm (-10mm) pada konfigurasi pendek dan 80mm pada bahagian panjang (+5mm).
- Output kuasa 216hp @13,500rpm, dan tork 121Nm @ 11,250rpm.
- Ekzos lumba Ducati Performance daripada Akrapovič meningkatkan kuasa kepada 228hp.
Casis dan Suspensi
- Frem dan swingarm lebih tegar diminta Ducati Corse untuk lebih berdaya saing dengan menggunakan sepenuhnya potensi tayar slik baharu.
- Dua perkara utama diketengahkan adalah ketegaran sisi (lateral) optimum bagi mengekalkan cengkaman pada sudut rebahan yang kini lebih 60º dan pada masa mengekalkan ketegaran ke depan tinggi untuk memanfaatkan daya kilas enjin ketika memecut dan kuasa pembrekan ketika membrek.
- Frem depan diubah suai dan menggunakan swingarm kembar baharu atau Ducati Hollow Symmetrical Swingarm.
- Swingarm baharu mengurangkan ketegaran sisi atau kurang 37 peratus berbanding swingaam tunggal sebelum ini dan lebih ringan berikutan rekaan berlubang. Cengkaman ketika keluar selekoh kini lebih baik selain fiil menunggang ketika memecut.
- Rim tempa aloi pada Panigale V4 S hanya seberat 2.95kg di depan dan 4.15kg (belakang).
- Frem depan lebih ringan dengan berat 3.47kg berbanding 4.2 kg.
- Suspensi Öhlins NPX (depan) dan TTX (belakang) kawalan elektronik generasi ketiga.
- Damper hendal Öhlins dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 3.0.
- Showa Big Piston Fork (BPF) boleh laras penuh - Panigale V4.
- Penyerak hentak mono Sachs boleh laras penuh - Panigale V4.
- Damper hendal Sachs - Panigale V4.
Brek
- Kaliper depan Brembo HypureTM - motosikal pertama di dunia.
- 60gram lebih ringan dan lebih prestasi termasuk nyah haba lebih berkesan.
- Sistem Race eCBS dibangunkan Bosch dengan kerjasama Ducati - sistem kekal mengaktifkan brek belakang walaupun selepas brek depan dilepaskan ketika memasuki dan di selekoh seperti mana dilakukan pelumba profesional.
Ducati Vehicle Observer (DVO) dan Sistem Elektronik
- Dibangunkan Ducati Corse dalam MotoGP.
- Mensimulasi input daripada lebih 70 sensor dan memperkemas strategi kawalan elektronik (ECS).
- Membolehkan kawalan untuk melakukan intervensi dalam keadaan hampir prediktif dan memberikan reaksi spontan kepada permintaan penunggang yang mahukan prestasi maksimum.
- Dilengkapi Kawalan Traksi Ducati DVO, Kawaln Gelincir Ducati (Ducati Slide Control), Kawalan Wheelie Ducati (DWC) DVO, Luncur Kuasa Ducati (DPL) DVO, Kawalan Brek Enjin dan Ducati Quick Shift 2.0.
Skrin Digital Baharu
- Saiz 6.9 inci.
- Paparan Track baharu.
- Panel meter paparan g-Meter, Power&Torque, Lean angle.
- Info mod Track - masa pusingan tiga pembahagian, T1, T2, T3 dengan kod warna putih, kelabu, jingga, merah seperti MotoGP.
- Mod maklumat Road memaparkan maklumat tunggangan jalanan (takometer, gear, tetapan, pemain muzik, dll).
Warna
- Panigale V4 S: Ducati Red, frem Urban Grey, rim hitam, madgad depan hitam kusam.
- Panigale V4: Ducati Red frem Urban Grey, rim hitam.
Leave a Reply