• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bolehkah Tayar Meletup Ketika Dipam?

#TahukahAnda: Bolehkah Tayar Meletup Ketika Dipam?

May 3, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


INSIDEN yang menimpa dua pekerja kedai tayar baru-baru ini mencetuskan kegusaran netizen mengenai kemungkinan tayar meletup ketika sedang diisi.

Kami akan cuba menjawab persoalan mengenai benarkah tayar boleh meletup ketika sedang diisi?

tayar-meletup-1
tayar-meletup-2

APAKAH TAYAR MELETUP?

Tayar meletup ialah situasi tayar kehilangan tekanan secara mengejut yang membuatkan 'meletup' atau 'pecah'. Dalam banyak kes, situasi itu menyebabkan tayar tertanggal daripada rim dengan sisa getah bertaburan.

APAKAH PERBEZAAN TAYAR MELETUP DAN TAYAR FLAT (PANCIT)?

Ramai pemandu tersalah merujuk tayar meletup dan tayar pancit (flat) sebagai sama. Tayar flat berlaku apabila tayar beransur-ansur kehilangan tekanan angin hingga terlalu rendah untuk dipandu.

Bagaimanapun tayar meletup pula berlaku serta-merta yang mampu mendatangkan kesan bahaya. Lagi perbezaan, tayar pancit masih boleh dibaiki, sebaliknya tayar meletup perlu diganti baharu.

APAKAH SEBAB TAYAR MELETUP?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan tayar meletup seperti isu tekanan angin, usia tayar, kerosakan pengeluar tayar, dan bahaya jalan raya. Justeru pemahaman mengenai puncu tayar meletup adalah sangat penting.

Tayar yang meletup ketika memandu berisiko menyebabkan kemalangan, tetapi bagaimanakah pula dengan insiden yang menimpa dua pekerja baru-baru ini apabila tayar jentolak yang diisi mereka meletup?

Di bawah ini kami senaraikan punca tayar boleh meletup:

1. Terlebih Isi Tekanan Angin
Isi Angin Tayar Nitrogen vs Oksigen_3
Isi Angin Tayar Nitrogen vs Oksigen_1

Sama seperti belon, tayar yang diisi terlalu banyak tekanan angin juga boleh meletup. Malah, tayar yang diisi angin melebihi had dibenarkan berisiko pancit dan mudah meletup jika terkena impak luar seperti terlanggar lubang atau lopak jalan.

 
Ataupun faktor lain seperti getah tayar mula berusia atau mengalami panas lampau.
2. Kurang Tekanan Angin
tayar-kurang-angin-1
tayar-kurang-angin-2

Jangan terkejut. Tayar kurang tekanan angin juga boleh meletup. Apabila tayar kurang angin, dinding tayar akan membengkok dan melentur  Proses ini mendedahkan lebih banyak permukaan tayar pada jalan, sekali gus menjana geseran tambahan.

Geseran pula menyebabkan kepanasan yang membuatkan udara dalam tayar mengembang. Pada masa sama dinding tayar yang rosak boleh menjejaskan struktur keras tayar, sekali gus menyebabkan tayar pecah.

3. Musim dan Cuaca Panas

Tahukah anda, kenapa insiden tayar pecah lebih kerap berlaku pada cuaca panas? Puncanya, panas. Permukaan jalan yang panas akan mempercepat kepanasan tayar. COntohnya, kepanasan akan menyebabkan udara dalam tayar mengembang dan membuatkan getah lebih cepat rosak.

4. Beban Lebih
lori-berat-lebih-1
lori-berat-lebih-2

Perasankah anda, berbanding kereta biasa, kita lebih kerap ternampak kesan tayar pecah daripada kenderaan komersial seperti lori atas jalan.

Puncanya, kenderaan berat seperti lori lebih cenderung membawa muatan berat ketika bergerak hinggakan secara tidak sedar (atau sengaja) membawa beban berlebihan.

Inilah sebab pihak berkuasa kerap melakukan operasi memantau kenderaan berat membawa beban berlebihan. Faktanya, apabila tayar menerima tekanan melampau, tayar memang berisiko meletup! Malah, maklumat pada tayar bukan saja menjelaskan mengenai tekanan angin patut diisi, tetapi juga maklumat beban yang mampu ditampung.

5. Usia Tayar

Tahukah anda? Sesetengah negara mengharamkan tayar lama, termasuk jika bunga tayar haus pada kadar tertentu kerana terbukti boleh menyebabkan kemalangan.

Ini kerana semakin berusia sesebuah tayar, kandungan getah akan teroksida yang mana prosen berkenaan akan menyebabkan bunga tayar merekah, dinding tayar hilang struktur rigid dan tayar melepuh atau membengkak.

6. Kecacatan Pengeluar
tayar-defect-1
tayar-defect-2

Memang kereta juga, ada sesetengah tayar mengalami kecacatan walaupun baru dikeluarkan dari kilang. Kecacatan pengeluar boleh jadi disebabkan penggunaan material tamat tempoh, kelemahan pembuatan atau kerosakan jentera mekanikal.

7. Jalan Berlubang, Paku, dan Bahaya Jalan Raya Lain

Paku, skru, dan objek tajam lain yang terbiar atas jalan mampu menembusi getah tayar. Kebanyaka objek kecil itu mampu menyebabkan angin tayar keluar perlahan-lahan tanpa sedar hingga pancit sepenuhnya.

Bagaimanapun kesan pancit teruk boleh menyebabkan tekanan angin keluar mendadak hingga membuatkan tayar meletup. Bahaya jalan seperti jalan berlubang dan lopak jalan juga antara punca menyebabkan tayar meletup.

SUMBER: ChapelHillTire

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, tahukah anda, tayar meletup, Tayar Meletup Ketika Isi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev