• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Sita 13 Proton Wira Ekzos Bising di Sik

Polis Sita 13 Proton Wira Ekzos Bising di Sik

April 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TINDAKAN sekumpulan lelaki berkumpul dan membunyikan ekzos kereta masing-masing di kawasan parkir Jalan Alamanda, Sik, Kedah mengundang padah apabila polis menyita 13 Proton Wira dalam Ops Bersepadu dan Samseng Jalanan, malam tadi kerana mengganggu ketenteraman awam.

Selain Proton Wira, polis turut menyita tiga motosikal atas pelbagai kesalahan seperti tiada cukai jalan, tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran.

BACA >>> Polis Tahan Wira Aeroback Sumbat 11 PATI
BACA >>> Satu Kaca Pun Tak Kena, Pemandu Syukur Terselamat Walaupun Wira 'Total Lost' Langgar Lori

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, operasi itu disertai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik bermula jam 11 malam hingga 2 pagi yang bertumpu di kawasan tersebut berdasarkan maklumat diterima.

Jumlah saman yang dikeluarkan dalam operasi ini ialah 101, termasuk 13 kenderaan dan tiga motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Antara kesalahan dilakukan, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, insuran, nombor pendaftaran, aksesori, cermin sisi dan mengubah suai," katanya.

Abdull Razak berkata lagi, tiga individu berusia 19 hingga 27 tahun ditahan membabitkan empat kes.

Antara kesalahan ialah Seksyen 42 (1) APJ 1987 (dua kes), Seksyen 108 (3) (f) 1987 (satu kes) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (satu kes)," katanya.

BACA >>> Proton Wira Paling Banyak Dicuri Sepanjang Jan-Jun 2019
BACA >>> Penjara untuk Pelumba Haram, Denda RM10k Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos Motor

SUMBER: BHarian

Related

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, ekzos bising, Kedah, Parkir, Proton Wira, sik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev