Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Coupé smart #3 Lancar di Shanghai, Bakal Menyusul ke Malaysia?
Roda4

SUV Coupé smart #3 Lancar di Shanghai, Bakal Menyusul ke Malaysia?

Abang HirataBy Abang HirataMay 17, 2023Updated:May 17, 2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU-baru ini, Pro-Net yang menjadi subsidiari Proton mengumumkan model elektrik smart #1 (hashtag one) akan dibawa masuk ke pasaran tempatan pada suku ketiga atau lebih awal tahun ini.

Anjakan itu dilihat tepat ketika pengeluar lain sedang hangat menjual kenderaan elektrik (EV) masing-masing dengan Kerajaan memberikan pelbagai pelepasan duti dan cukai.

Di peringkat global, smart baru saja mendedahkan model terbaharu, smart #3. Seperkara menarik, model baharu itu tidak mengikut turutan nombor satu, dua dan tiga.

Jika smart #1 ialah crossover kompak, smart #3 pula direka sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) coupe.

Rekabentuk ditampilkan mirip smart #1 atau seperti model baharu dalam saiz XL. Seperti smart #1, model baharu ini mendapat sentuhan pasukan rekabentuk global Mercedes-Benz.

Bahagian depan tampil dengan lampu depan LED yang langsing dan dipadankan hidung ikan jerung dan gril lebar dalam bentuk A.

Dari belakang, lampu bersambung dari kanan ke kiri yang juga membawa elemen siri kenderaan elektrik Mercedes-EQ. smart tidak berkongsi spesifikasi teknikal dan dijangka meneruskan penggunaan plaform kenderaan elektrik Sustainable Experience Architecture (SEA) yang dibangunkan Geely.

Trenkuasa elektrik dibekalkan sama seperti #1, berkuasa 200kW (272hp) dan tork 343Nm dengan jarak pemanduan dari 420km hingga 440km mengikur ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP), manakala kelajuan maksimum 180kmj.

smart #3 diperkenal pada 18 April lalu di Shanghai, China. Memandangkan smart mempunyai kehadiran rasmi di negara kita, berkemungkinan tinggi smart #3 juga akan dijual di sini.

BACA >>> Kereta Elektrik smart #1 Bakal Lancar Lebih Awal, Suku Ketiga 2023!
BACA >>> Proton Bakal Jual Kenderaan EV jenama smart di Malaysia, Thailand

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 SMART Smart #1 smart #3 SUV EV
Abang Hirata

    Artikel Lain Berkaitan

    QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

    January 16, 2026

    BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

    January 16, 2026

    BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

    January 16, 2026

    Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

    January 16, 2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook397K
    • Instagram194K
    • YouTube589K
    • TikTok991.8K
    • Threads
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

    By SyafieJanuary 16, 2026
    Auto Terkini

    Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

    By SyafieJanuary 15, 2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

    By SyafieJanuary 12, 2026
    Roda2

    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

    By Shazwan HisamJanuary 12, 2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.