MULA diperkenalkan secara rasmi pada 24 November 2016, Proton Ertiga sudah menerima sebanyak 1,400 tempahan.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 350 unit Proton Ertiga sudah diserahkan kepada pemilik.
METAL GREY PALING LAKU
Menurut Proton, warna Metal Grey Proton Ertiga yang paling disukai ramai dan diikuti dengan Ruby Red.
BACA >>> Proton Ertiga Selamat Dilancarkan, Ketahui 10 Fakta Menarik Perlu Anda Tahu + 75 Foto Eksklusif
BACA >>> Enjin Proton Ertiga Kecil, Boleh Ke Naik Genting Highland?
MPV EEV PERTAMA DI MALAYSIA
Sedia maklum, Proton Ertiga ialah MPV pertama Malaysia yang menerima status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive dan Executive Plus dengan pilihan transmisi manual (MT) serta automatik (AT). Manakala harga jualan bermula daripada RM58,800 sehingga RM64,800.
BACA >>> #Videotomotif: Mampukah Ciri-Ciri Proton Ertiga Ini Pikat Hati Anda?
ENJIN 1.4L
Proton Ertiga dikuasakan enjin 1.4 VVT yang dibuat daripada aluminium ringan dengan suntikan bahan api multipoin (MPI). Ertiga juga dilengkapi teknologi pacuan terotel elektronik, drive-by- wire yang membantu meningkatkan prestasi kereta supaya lebih responsif.
Dari segi penggunaan bahan api, data teknikal mencatatkan 5.7L/100km bagi varian MT dan 6.0L/100km, AT.
Kami juga sudah Pandu Uji Proton Ertiga dan nantikan ulasan dan pengalaman mengenai MPV ini dalam masa terdekat.
Tunggu!!!
Leave a Reply