PLUS Berhad kini mula menggunakan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya bertol dan menghalang pengguna mengelak bayar tol dengan menggunakan kamera trafik untuk membaca dan mengesan ciri setiap kenderaan dengan pantas.
Sistem dinamakan 'VehicleTrack' itu dilancarkan syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur, Tapway yang membolehkan kamera PLUS mengesan nombor, jenis, jenama dan warna kenderaan sepantas 50 milisaat (0.05 saat) walaupun sedang bergerak dalam halaju 40kmj ketika menghampiri Plaza Tol.
BACA >>> 2 Gadis Naik Motor Bermurah Hati Mahu Bayar Tol Pakai Touch 'n Go
VehicleTrack dibangunkan Tapway bersama syarikat perisian antarabangsa, NVIDIA. Sistem itu mampu berfungsi sepanjang siang dan malam serta dalam apa jua kondisi cuaca dengan ketepatan 97 peratus. Sebagai makluman, NVIDIA ialah pengeluar unit pemprosesan grafik (GPU) terkenal peringkat dunia.
Menurut Tapway, sistem VehicleTrack akan ditempatkan di lebuh raya PLUS bagi membantu proses pembayaran tol secara automatik, berbanding sistem lama yang memerlukan pemandu berhenti untuk membayar tol yang menyumbang kepada kesesakan trafik.
Selain itu, situasi pemandu yang cuba mengelak membayar tol dengan menukar kad lain juga dapat dielakkan. Salah laku itu dapat diatasi dengan memadankan nombor siri kad bayaran dan nombor kenderaan untuk mengesahkan kad sama digunakan ketika masuk dan keluar lebuh raya.
PLUS turut memasang 577 unit kamera daripada 900 unit di 92 Plaza Tol mengikut perancangan yang mula bekerjasama dengan Tapway sejak 2019.
Pada Januari tahun ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak pengendali lebuh raya di Malaysia sudah diarahkan menggunakan sistem tol tanpa palang bermula 2025.
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Negara Paling Tinggi Bayaran Tol Dunia
BACA >>> Motosikal Bawah 400cc Boleh Masuk Lebuh Raya Cebu-Cordova, Tapi Kena Bayar Tol
Leave a Reply