• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Peugeot 3008, 5008 Versi CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM161k!

Peugeot 3008, 5008 Versi CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM161k!

November 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

678
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMAZ Auto Alliance (Bermaz Auto) selaku pengedar tunggal baharu jenama Peugeot di Malaysia mengumumkan pelancaran  dua model kenderaan utiliti sukan (SUV), 3008 dan 5008 versi pemasangan tempatan (CKD) yang dipasangkan di kilang pengeluaran Stellantis di Gurun, Kedah.

Berikut perincian mengenai 3008 dan 5008:

BACA >>> Peugeot 5008 (2020) Diperkenal dengan Rupa Depan Lebih Agresif, Penuh Seni!
BACA >>> Bocor Imej Peugeot 3008 (2021) Facelift dengan Gril Gaya Baharu

HARGA

_A7R4403
_A7R3906

Berikut harga jualan atas jalan tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jualan (SST):

  • Peugeot 3008 - RM161,616.66
  • Peugeot 5008 - RM177,311.90

TRENKUASA

Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 2
Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 13
  • Kedua-dua model dijana enjin 1.6L Twin Scroll THP (Turbo High Pressure) berkuasa 165hp dan tork 240Nm serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan dalam sistem pacuan dua roda (2WD).

WARNA

  • Kedua-dua model menawarkan tiga warna sama, Amazonite Grey (kelabu), Pearl White (putih) dan Nera Black (hitam), dengan warna tambahan khas Cuprite Brown (coklat) untuk 3008, dan  Emerald Crystal (hijau) untuk 5008.

BACA >>> Stellantis Kini Pemilik Penuh Kilang Naza di Gurun, Pengeluaran Peugeot Kembali Aktif

REKABENTUK

Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 14
Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 15
  • Kedua-dua model menampilkan rekabentuk menarik dan unik dengan aplikasi gril baharu tanpa frem, bampar baharu dan ventilator sisi hitam kilat sebagai ciri standard. Lebih menarik, ada lencana monogram tertera di depan bonet.
  • Lampu utama dikemas kini untuk gaya lebih agresif dengan ciri lampu LED termasuk lampu signal belok.
Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 11
Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 12
  • Bahagian belakang juga menggunakan teknologi lampu LED penuh, termasuk lampu belakang ikonik 3D bercorak cakar harimau dengan lampu indikator gerak.
  • Ciri luaran lain ialah rim 18 inci Los Angeles (varian 3008) dan Detroit (varian 5008), pintu belakang berkuasa bebas tangan (automatik), bumbung panoramik, penghidup tanpa kunci termaju dan sensor depan-belakang.

BACA >>> Takkan Ada Lagi Hot Hatch Peugeot?

KABIN

Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 7
Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 6
  • Ruang dalaman dibezakan menerusi kapasiti tempat duduk. 3008 menawarkan konfigurasi 5-kerusi, manakala 5008 ada 7-kerusi yang direka untuk menitikberatkan aspek keselesaan menerusi susun atur modular.
  • Persembahan papan pemuka menggunakan teknologi digital i-Cockpit Peugeot, terdiri daripada paparan dongak (HID) 12.3 inci, stereng kompak dan unit infotainment skrin sentuh berwarna definisi tinggi (HD) 10 inci.
Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 1
Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 0
  • Ruang kabin menegtengahkan tujuh suis jenis tuil untuk akses utama seperti audio, penyaman udara, navigasi dengan arahan suara, tetapan kenderaan, telefon, aplikasi mudah alih dan lampu kecemasan.
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto disediakan sebagai ciri standard, serta ada ciri baharu seperti pengecas telefon pintar wayarles di konsol tengah.
Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 4
Peugeot 3008 dan 5008 ckd - 8
  • Tambahan lain ialah lampu ambien, pedal syif, dwi-zon penyaman udara (5008 ada ventilator di belakang), kerusi kulit, brek parkir elektrik (EPB), kerusi kuasa enam-tetapan dan mod pandu (sport mod).

KESELAMATAN

Image 26
Image 28
Image 29
  • 3008 dan 5008 juga dilengkapkan sistem bantuan pemandu terkini dan ciri keselamatan termaju, terdiri daripada:
    • Visiopark 1 (kamera belakang 180°)
    • Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA)
    • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
    • Pengecaman Halaju (Speed Recognition)
    • Pemantau Titik Buta (BSM)
    • Kawalan Grip Termaju (AGC) untuk sistem kawalan traksi dengan lima mod pandu (Normal, Snow, Mud, Sand, dan ESP-off)
    • Kawalan Bantuan Turun Bukit (HADC)
    • 6 beg udara SRS
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
    • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
    • Agihan Brek Elektronik (EBD)
    • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
    • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
    • Regulasi Anti-Gelincir (ASR)
    • Bantuan Mula Daki (HSA)

JAMINAN

  • 3008 dan 5008 diberikan waranti pengilang lima tahun dan jarak perbatuan hingga 100,000km, mana satu tiba dulu.
  • Ada opsyen servis percuma tiga tahun atau jarak perbatuan 60,000km, mana satu tiba dulu.

Related

678
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bermaz Auto, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Peugeot 3008, Peugeot 5008, Stellantis, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev